Wednesday, September 20, 2006

khayal

Wednesday, June 15, 2005
Pyan Habib a.k.a OsmanTikus

Aku tertarik sangat bila kau berbicara tentang puisi dan kupasannya, dik. Dan dari awal-awal pendedahan Khayal lagi aku sudah melawat ke link Osmantikus yang kau sediakan tu. Aku minat sangat baca puisi-puisi Osmantikus, dan oleh kerana kau sampai meletakkannya sebagai salah sebuah link yang manja (apa maksud kau manja ni sebenarnya?), aku fikir mestilah kau amat meminati puisi-puisi Osmantikus. Hairan kenapa kau tak sebutkannya dalam posting kau tentang sajak/puisi tu.

Jadi aku nak petik beberapa puisi Osmantikus yang aku suka sangat! Aku suka SEMUA puisi Osmantikus, tapi yang aku petik di sini adalah yang aku fikir orang lain juga akan suka, terutamanya setelah maksud di sebalik puisi tersebut cuba ditafsirkan mengikut selera sendiri.

Bicara Dinda

benar sungguh
bicaramu dinda
dia yang berkata
"tidak melayu hilang didunia"
hilang ghaib
entah kemana..

Menarik? Mendalam? Tersindir? Bagaimana dengan yang ini pula.

Anak Siapa...

anak siapa agaknya mereka
berbaju membuka aurat
celana terlalu ketat
mati akalkah keluarga meraka
mati hati agaknya kita
anak siapa agaknya mereka
buktikan cinta dimerata tangga
sorga mereka penuh dosa
yatim agaknya mereka
atau kita yang kurang peka

Bagaimana? Straight to the point! Rasa-rasanya mesej yang sama dengan apa yang ccuba disampaikan oleh Pak Sako dalam puisinya, tetapi dari perspektif yang berbeza.

Menarik? Kalau kalian suka, lawati laman webnya Osmantikus (rujuk Links Yang Manja di dalam sidebar sebelah tu). Ada banyak lagi hasil nukilan Osmantikus di situ yang pasti akan membuat kalian terpegun. Kalau kalian dari golongan yang tak pernah mengerti mengapa ada orang boleh suka kepada puisi, maka laman tersebut akan memberikan kalian jawapannya. Sekiranya kalian tergolong dalam golongan yang percaya bahawa sampai kiamat pun kalian tak mungkin akan boleh meminati hasil karya bodoh yang dipanggil puisi, laman tersebut akan membuat kalian lebih meyakini bahawa sebenarnya karya bodoh yang dipanggil puisi itu sememangnya tak sesuai dibaca oleh orang-orang yang bodoh.

Terima kasih Lampin kerana menyediakan link tu. Dari situ baru aku tau tentang Osmantikus.

Kepada saudara Osmantikus, aku merindui panahan penamu (pinjam istilah Lampin) yang tak pernah gagal membidik tepat ke sasarannya. Tabik beb!!!

No comments: