Tuesday, September 05, 2006

kata Putera Baginda

Pada awal penyertaan saya dalam esastera, saya berpendapat abdullahjones ialah seorang yang sombong, elitis, acuh tak acuh, berlagak atau dilanda sindrom superiority complex. Sajaknya saya suka baca (walaupun enggan mengakuinya pada awal), tetapi sikapnya itu saya tidak suka sehingga saya pernah menghasilkan cerpendek meng"kondem" beliau, tanpa saya sebutkan nama sesiapa dalam cerpendek itu. Cerpendek itu telah saya padam, sebelum esastera dilanda "tsunami" dulu.
Tetapi, hari ini saya terpaksa mengakui bahawa aj di sebalik sifat-sifat yang saya sangkakan itu, sebenarnya baik hati. Buktinya, beliau tidak kekok untuk mewawancara kingbinjai, walaupun beliau jauh lebih senior dari kingbinjai. Langkah ini sebenarnya memberi kesan untuk menaikkan semangat kingbinjai dan orang baru seperti saya (yang sudah pun tidak aktif) untuk terus menghantar karya ke esastera.

No comments: