Saturday, April 08, 2006

ulasan airmas sz

Marah yang parah
oleh airmas_sz

Pengenalan

Marah yang parah - airmas_sz

pergi mampus

pondan yang mengelat
menyimpan ***** dicelah kangkang
mengaku perempuan malah
mengaku gadis setiap kali lubang najisdi
tusuk objek tumpul

adalah

politikus yang mahu menipu
menyimpan dosa dicelah-celah nafas
mengaku wali ketika singgah berak
ditandas masjid kami malah
mengaku simpati di lubang kubur
rakyat yang mati kebulur.

pergi mampus.
posted by abdullahjones at 9:24 AM

***** - Terpaksa di padamkan demi memenuhi kehendak badan penapis
Saya rasa agak malu juga nak menulis lagi untuk kali ini, kerana baru sahaja saya mengomel untuk karya Echopena. Tertapi keterujaan (wow berjaya) saya menjadi-jadi bila membaca sekali lagi karya ini diblog AbdullahJones di http://www.abdullahjones.blogspot.com/ .

Kalau sesiapa yang tidak teruja (ha ha) membaca sajak hasil karya Abdullah Jones yang seringkali menhasilkan karya-karya singkat atau tepatnya karya Abdullah Jones yang selalunya pendek sering membuahkan fikir yang panjang, kerana beliau berupaya menghasilkan liku-liku kehidupan yang semua orang tahu tetapi tak tahu bagaimana hendak dihuraikan dengan kata-kata.

Beliau mengingatkan saya kepada Kabir, penyair hebat India yang merupakan seorang lagi penyair yang saya suka baca karyanya malah karyanya juga menjadi rujukan di dalam kitab orang sikh. Tak salah jika saya katakan karya AbdullahJones juga berada pada tahap itu. Cuma saya harap janganlah ada agama baru pula yang mengambil karya AbdullahJones menjadi kitab suci agama mereka.

Sajak ini pernah di tunjukkan kepada saya sebelum di siarkan di esastera dimana akhirnya penyair “chicken out” (saya tak tahu bagaimana hendak saya katakan dalam bahasa melayu – kecut perut?). Akhirnya mengubah menjadi pendek tanpa perkataan taboo. (Sewaktu saya di tunjukkan karya ini saya telah pernah katakan kepadanya perkataan 18sx eloklah di tukar kepada bahasa yang lebih sopan).

Sajak AbdullahJones kali ini umpama pantun, seperti yang kita tahu rukun pantun ada pembayang yang paling tidak hanya bertujuan untuk merimakan maksud pantun. Begitulah juga dengan karya ini dimana rangkap pertamanya yang agak memualkan itu seakan pembayang kepada maksud di rangkap kedua. Walau begitu rangkap pertama itu tidak sekadar bayang-bayang mari kita telusuri bersama-sama .

Rangkap 1

pondan yang mengelat
menyimpan ***** dicelah kangkang
mengaku perempuan malah
mengaku gadis setiap kali lubang najis
ditusuk objek tumpul

sebagai mukadimah sajak yang meniru pantun ini, penyair pada pendapat saya , cuba mengujudkan rasa mual, benci, resah dan gelisah , kepada perbuatan lucah ke tahap maksimum. Hinggakan kalau di tunjukkan kepada pembaca yang menjaga matanya dari melihat perkara terlarang, rangkap ini tentu sekali pembaca akan merasa benci pada cara hidup yang tidak bermoral itu.

Kitalah yang menjadi marah pada perlakuan itu, betapa ia tidak hanya salah di segi agama, malah kalau ada manusia yang suka kepada kecurangan ini, nantilah balasan yang tidak terampun.

Perhatikan disini penyair dengan secara bijaksana, menerbitkan perbandingan antara perempuan dan gadis menghidangkan pelakuan tidak bermoral.

Jambatan sajak

Adalah

Dari pada pembayang di rangkap pertama, penyair berhenti di “adalah” umpama lampu isyara yang mengelipkan lampu kuning ketika kemudiannya dia di sajikan dengan lampu merah.

Rangkap 2

politikus yang mahu menipu
menyimpan dosa dicelah-celah nafas
mengaku wali ketika singgah berak
ditandas masjid kami malah
mengaku simpati di lubang kubur
rakyat yang mati kebulur.

walaupun betapa hebat penyair itu, kadang kala, beliau mungkin juga boleh terlepas pandang, dalam membaca bahasa yang hendak di zahirkan. Ada kalanya dengan tergesa-gesa kita kerap terlupa bahawa setiap perkataan membawa makna (AJ yahoo) yang berlainan kiranya kita letakakan perkataan yang tidak sesuai.

Baris pertama “politikus yang mahu menipu”, memang nampak seperti ayat biasa, tetapi kalau saya gandingkan dengan baris pertama dari rangkap pertama “pondan yang mengelat” saya dapati ada perselisihan yang ketara membawa makna yang berlainan.
Pondan yang mengelat , secara terang-terang mengandaikan yang si pondan itu sudah mengelat, tetapi kalau kita baca “politikus yang mahu menipu” perkataan “yang mahu” sesungguhnya tidak memberi erti politikus penipu, ia sekadar hanya memberitahu si politikus itu hanya mahu, sekadar berniat mahu menipu , belum menipu lagi.

Jelas di sini saya berpandangan, penyair patut membuang perkataan “mahu” jika beliau mahu menembak politikus yang penipu tetapi kalau beliau mahu “pondan”kan politikus yang mahu menipu, maka saya tertanya-tanya apa pula gelaran yang paling afdal kepada penyair kalau beliau mahu menempelak politikus yang penipu.

Penutup sajak

pergi mampus.

begitulah marahnya penyair kepada politikus yang menipu rakyat dengan amanah yang di berikan. Logiknya rakyat jelata sepatut menjadi tumpuan politikus untuk di baiki taraf hidupnya, tetapi dengan kemewahan mendadak, mereka menjadi lupa dan menipu secara terang-terang.

Malang sekali buat rakyat jelata kalau di pimpin oleh politikus yang begini, harapnya tidak begitu yang kita dapat, kerana mereka “politikus penipu” dengan kemahiran memanupulasi pemikiran boleh saja menjadikan masjid tempat yang kotor, sebaliknya mungkin pula kelab malam menjadi terlalu padat kerana kehalalannya. Kita yang tak tahu ini angguk-angguk sahaja.

Kesimpulan

Bersajak tidak sekadar bahasa mainan, tetapi pemilihan bahasa yang waras. Dari sajak ini kita terus dapat melihat mesej yang kuat bila mana penyair memberi peluru-pelurunya, dan terus membaham kotak fikir kita. Dah selepas ini kita tidak akan berhenti untuk melihat politikus yang penipu itu tidak jauh halnya dari pondan yang juga menipu fitrah dirinya
AbdullahJones seorang penulis yang kini menetap di England, merupakan seorang penulis yang sering berjaya menghasilkan karya-karya yang mengegar pemikiran pembaca dari lena yang panjang.

Disclaimer :
Tulisan ini di tulis bukan dengan niat untuk menjatuhkan penyair, ampun maaf di pinta jika sekiranya tulisan ini secara sedar, separa sedar atau tidak sedar, langsung mengundah-gulanakan sesiapa. yang baik dari Allah selebihnya salah silap saya sendiri. Aj kalau nak menangis jangan menangis depan perempuan gemuk, saya takut memikirkan natijahnya.

No comments: