Monday, October 12, 2009

penghargaan DRUR..Part 2

penghargaan DRUR..Part 2
Posted by meor in Featured Articles on 10 10th, 2009 |


Sebenarnya untuk album DRUR ni,inilah pertama kali aku guna nama penuh.Meor Yusof Aziddin.Itupun atas cadangan Pyanhabib.Sebabnya dulu aku selalu ber SMS dengan dia,jadi dia cakap..Ini Meor mana satu?Meor ada banyak..hahaha…Lu kena guna nama penuh..hah!Jadi untuk album ni..Aku pun guna nama penuhlah..hahaha…

Personally memang aku nak Pyanhabib involve dalam album ni..aku tanya dia boleh sumbangkan sajak dia untuk aku lagukan dalam album..?Mula-mula dia cakap ‘Nanti gua fikir’…Jadi aku pun KIV lah..Last minute juga sebenarnya..Lepas tu dalam sebula kemudia baru Pyan reply..Dia kasi sajak popular dia..Bapakku seorang YB yang dia bikin tahun 1986…Dia bilang sajak ni gua selalu baca dalam majlis-majlis kesenian dulu sampai sekarang..hahaha…Jadi gua ucapkan Terimakasih pada Pyanhabib untuk sajak dia.Dan dari reply yang kita dapat..lagu Bapakku seorang YB ni popular…..Orang Cina,India,Melayu..semua suka lagu ni..ha ha..

Aku ada lagu favourite dalam album ni..Membenarkan kebodohan yang ditulis oleh bro Abdullah Jones..Dolah jones ni..kenal akukenal dia dah lama sebenarnya.Masa dia kat oversea lagu..Dia dulu selalu beli album-album aku melalui pos..sejak 2004 rasanya..lama dah…masa album ‘Yang terlintas difikiran’ aku pos pada dia masa dia kat Leicester kot..pakai pos berdaftar..duit pos rm 10..tak sampai pada dia..ha ha ha..masa tu 2006 kot…sebelum tu aku hantar 3 album pada dia..pakai pos biasa je,,rm 2-3 je..tak berdaftar pun..sampai pulak…ha ha…

Jadi bila dia dah bermastautin di Malaysia..dia datang launching album ‘Sakrat aku yang berlangsung di Annexe..Pasar Seni..pun aku tak sempat jumpa dia..Sajak ‘Membenarkan dia email pada aku dah lama dah..ingat-ingat tahun 2005 lagi..dia cakap..Ada berani lagukan sajak dia?hahaha..Aku reserve je masa tu..Jadi bila ada plan nak bikin album yang melibatkan kawan-kawan..Aku pun mintak kat dia sajak-sajak dia untuk aku lagukan..Seingat aku ada 3 sajak dia..Cuma yang betul-betul melekat pada aku sajak ‘Membenarkan kebodohan’.Aku tanya dia ‘lu mahu rentak macamana?hahaha..selalunya macm tulah..Jadi dia cakap..bikin upbeat..ada macam The Police sikit-sikit…Jadi aku pun bikin la..rasanya proses buat lagu 15 minit je..Siap saja aku terus email pada dia kasi dengar…hahaha..Dia suka sangat..hahaha….Jadi aku pun proceed la lagu ‘Membenarkan kebodohan ‘ ni..

Lagu ni bini aku pun suka..tak tau part yang mana yang dia suka…Zunar pun suka lagu ni..Dia caakap akan popular..ha ha ha..
Aku seronok kawan-kawan ada involve dalam album ni..

bersambung….

No comments: