Tuesday, November 03, 2009

aci rebiu

fadz tonton filim

Aci Baca Sajak (stdr: Abdullah Jones)

Ini adalah pilihan filem paling “standout” buat aku pada malam itu, benar-benar mengejutkan aku dari kiri dan kanan. Satu rakaman dibuat, dan penjual jalanan dan orang lalu-lalang diminta untuk membaca sebuah “prosa pendek” yang berjiwa lucah. Menggelikan, kerana mereka membacanya dengan penuh tekun dan serius (ini mungkin diminta). Abdullah mengenakan segala yang berkait dengan keselesaan dan konvensi. Persoalan aksi seks itu satu-satu hal yang terbahagi daripada agama Islam, dan bagaimana pula dengan sastera terhadapnya dikupas dalam filem ini, dengan imej-imej yang amat mempesona. Satunya, seorang lelaki membaca tekun tentang kekuatan batin, di belakangnya tersedia sacet dan iklan Kopi Janda. Seorang lelaki berkopiah membaca “nafsu seks” di belakang kubah masjid. Persoalan yang terbuka dan tertutup dalam budaya Melayu dan Islam dijajakan, turut hipokrisi yang berlaku di dalamnya (seorang pak lebai mungkin kenal akan seks yang baik, dan bercerita di warung kopi tentangnya, tetapi menyatakannya di media perdana adalah satu hal yang mungkar dan kononnya membawa maksiat). Sebuah filem yang penting dan pilihan peribadi aku buat malam itu.


-ikman visual lab

Aci Baca Sajak by Abdullah Jones
Start saja aku mula syak sesuatu kat filem ni. Tengok tempat cam familiar. Lepas tu nampak kerang. Hah. Konpem kat Kuantan, area orang jual ubat pelik-pelik dan spek mata rempit dekat padang MPK depan Masjid Negeri. Sajak yang sungguh... erotik. Haha. Steady orang Kuantan.

-samar-samar

10. aci baca sajak

apabila penjual kopi tenaga batin membaca sajak berkenaan si pembeli kopi…hilarious.

No comments: