Sunday, May 03, 2009

as syramy

Tentang abdullahjones

abdullahjones (aj ), sebuah nama yg penuh misteri untuk tempoh hampir 6 tahun di esastera. Pada awalnya pemilik nama ini menggunakan nama tareht.

aj adalah ahli trio lelaki di esastera iaitu berganding dgn aku dan airmasz berperang dgn trio perempuan iaitu cikgu, tinta dan effa yg kemudiannya diganti adinda.

Walaupun aku, aj dan airmasz adalah trio lelaki, namun kami bermusuhan antara kami. Selalu mengutuk dan mengkritik karya antara satu sama lain. Dan selama aj di luar negara, aku selalu YM dengan beliau yg kupanggil abe lloh.

Pertemuan diatur Ilahi, musuh, trio dan sifuku abe lloh kutemui semasa di Kuantan. Kami berpelukan, aku terharu, hampir menitiskan airmata.

aj menghadiahkanku lukisan, itulah budi tinggi seorang aj yg tak mampu kubalas.Mampu kutitipkan untuknya jutaan terima kasih cuma dan sebuah antologi Setelur Adam.

Seorang aj dan aku berkongsi rasa di Kuantan.

1 comment:

D'Rimba said...

Orang Pahangla ni? Kenal cikgu Azli Lee Pekan dak?