Tuesday, February 03, 2009

water lily

February 03, 2009
Orang seni memang....

Disclaimer: Tulisan ini untuk Encik Abdullah Jones.

“Orang seni memang gila atau gila-gila atau betul-betul gila.” Ucap seorang teman pada saya secara bergurau. “Kau pun sama.” Dia tiba-tiba menujah kepala saya.

“Ohhh! Dah lebih ni”. Bila masa aku mengaku aku orang seni. Aku cuma peminat dan pemuja seni” Saya berhujah. Hujah bela diri yang tidak berapa menjadi.

Teman saya itu lalu pergi sesudah meminum secawan Nescafe. Sesudah hujan teduh. Dia juga penagih caffeine. Kata-katanya masih melekat dalam kepala. Terpahat melekat bagai digam dengan gam cap gajah.

Saya renung diri saya. Saya jarang keluar rumah kecuali atas urusan penting. Saya jarang bertandang ke rumah jiran kecuali ada kematian, sakit pening dan kenduri kendara. Sejak dari dahulu, dari kampung memang begitulah saya.

Pendek cerita, saya tidak pandai bersosial. Berpindah ke pinggir kota ini, menjadikan saya semakin pemencil diri. Dunia saya hanya internet dan blog. Kadang-kala, saya bercakap dengan kucing dan pokok ros saya. Kadang-kadang saya tonton tv.

Setiap kali saya cuba keluar, saya akan mencipta seribu juta alasan supaya kaki saya tidak melangkah keluar.

Tadi, saya membaca entri Encik Abdullah Jones di sini dan di sini. Dan, saya syak Encik Jones salah seorang yang teman saya maksudkan itu. Saya tidak tahu sejak bila saya mula membaca blog Abdullah Jones. Tulisan dia, tidak berlapik kias. Directly to the point. Bahasa dia, kadang-kala (selalulah) mempunyai carutan tahap tinggi. Tapi kerana sayangkan dia, saya membaca juga. Walau saya terasa, sebab termakan cili atau sengaja makan cili. Lagi pula suka puisi-puisi dia.

Ps: Encik Jones, bolehkah tulisan ini dihantar ke blog encik?. Tapi, saya tidak mahu hantar, walau encik carutkan saya. Jadi, silalah ambil mana-mana tulisan saya yang encik rasa sesuai disiarkan di blog encik termasuk yang ini. Saya sayang encik hahahah! Kerana encik pernah beberapa kali datang dan meninggalkan senyuman manis untuk saya. Dan encik pernah berkata “Kamu yang aneh!”

Ha!ha!

“Orang seni memang gila atau gila-gila atau betul-betul gila” Ucap seorang teman pada saya secara bergurau. Petang tadi, ketika hujan turun dan dia juga penagih caffeine seperti saya.

4 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya setuju pada sebahagiannya. Yang penting orang seni melihat dari berbagai dimensi dan pandangannya disertai ilusi. Pokoknya orang seni ada dunianya sendiri dan mencari kepuasan dalam diri seninya. Selamat berjuang untuk seni.

Pyanhabib said...

gila!

ubilepih said...

gila-gila...(wink)

benludin said...

jgn gila talak