Wednesday, May 30, 2007

saharil

Untuk melengkapkan trilogi review buku blogger, hari ini aku mengupas antologi Kudeta. Ini adalah buku pertama yang diterbitkan oleh mereka yang berurban sangat tu - haha - pada tahun 2006.

Tetapi, kalau masih tidak puas, ada satu lagi buku yang mereka terbitkan - 'Sajak-sajak Suci' (SSS) oleh Abdullahjones; yang aku suka. Aku tidak review kerana bukan kebolehan aku untuk mengupas antologi sajak (nanti orang ketawakan).



Karya Abdullahjones aku sudah kenal sejak menulis pengantar untuk Jiwa Kacau - waktu itu pun aku sudah tabik - dan aku sampaikan tabik aku pada Naga. Sajak2 Abdullahjones nampak in a different league kalau dibanding tulisan2 lain.

Dalam Jiwa Kacau, aku suka sajak 'Blues Musim Sejuk', 'Ghairah Doa', dan 'Neleh' - tapi favourit aku adalah 'Tanpa Tajuk #2'

Tanpa Tajuk #2

sebuah bongkah kayu
di tengah jalan
ditolak ke tepi
dibuang
menjadi iman

- dari Jiwa Kacau


Maka tidak hairan bila tiba-tiba beliau keluar buku sajak solo 'Sajak-sajak Suci'. (Dan dalam koleksi ini, sajak 'bongkah kayu' di atas, ditukar tajuk jadi Tanpa Tajuk #12.)

Dalam SSS, banyak yang aku bintangkan, antaranya: 'encik anak saya hilang', 'sajak mentol seratus wat', 'grafitti iii', 'baliklah linda', 'ikan panggang mati'. dan dua sajak yang aku turunkan di bawah ini (boleh ya, paklah, amir, dan naga?)

pesan politk mak saya

mak saya bilang
hati-hati menjadi orang

kalau memilih
menjadi menteri
jangan menabur janji
sesuka hati
takut-takut nanti
menang dua ratus
undi orang asli

hati-hati berlindung
di bawah bulan
kerana kadang-kadang
ia ditutup awan
timbang-timbang
betul-betul
kerana bukan semuanya
lurus bendul

kalau mahu melukis humor
niat budi hendaklah luhur
jangan lukis fasal hidung
aib kamu Allah lindung

kalau mahu menulis puisi
jangan berani berdiri
di pentas deklamasi
sebelum kamu hafal
syair sendiri

hidup hendaklah cerdik
baru lukisan
nampak cantik

kalau memilih jadi ustaz
hati-hati kerana
kanun-Nya ketat
bila cerita fasal tudung
jangan kamu berani lindung

kalau memilih
isteri ustazah
pilih betul-betul,
bukan semestinya siswazah
jangan pulak yang selalu
masuk suratkhabar
bergaduh pasal pagar

- dari SSS
(maaf, susunatur salah)


ceri seperti sarah

sebiji ceri merah
dari pohoh hadapan rumah
kupetik lalu kumamah

wah!
sungguh manis
seperti kamu
sarah

- dari SSS

Aku suka buku ini. Harap korang pun. Untuk memilikinya sendiri, boleh beli dari Amir Mukriz. Dan lawati juga blog Abdullahjones

Selamat hujung minggu!

No comments: