Thursday, June 22, 2006

surat dari keng

Tuesday, January 17, 2006
Ahlan AJ

Assalamu alaikum Akhi AJ,
- Di tempat -

Semoga blog ini menemuimu dalam keadaan yang diberkati Allah SWT serta kamu diselubungi ketaqwaan dan maghfirah dari Nya. Terimalah blog ini dari saudaramu yang selama ini kamu ‘kenali’ secara jauh dan virtual, dan bukannya secara real dan normal.

Terlebih dulu aku mohon maaf sekiranya aku telah melakukan apa-apa kekhilafan terhadapmu, sama ada senghaja atau tidak senghaja melalui komen-komenku atau melalui penulisanku di ruanganku. Secara terus terang aku mengakui bahawa minatku terhadap blogging terdorong dari tulisan-tulisanmu yang penuh dengan metafora dan satira, dan tersirat dengan sindiran-sindiran dan teguran-teguran yang amat bermanfaat bagi diriku. Dan aku yakini ramai yang juga telah mendapat manfaat yang sama darimu. Ini terserlahlah dari sambutan mereka terhadap tulisan-tulisanmu yang tajam dalam tumpul, terang dalam gelap, dan berkerlip dalam malap. Pendapatku ini bukanlah tunggal tetapi adalah meluas dan ketara dari komen-komen mereka kepada tulisanku yang terbaru, yang berkisar tentang mu.

AJ, kamu adalah seumpama teruna yang menjadi tekaan umum. (Kamu ni dah kahwin ke belum?) Ramai dah membaca buah fikiranmu tetapi tak pernah mendengar kata-katamu. Ramai tertawa dengan satiramu tetapi tak pernah melihat tawaanmu. Hanya imbasan-imbasan sahaja. Ramai yang terasa dengan teguranmu tetapi tak tersinggung dengan timsalmu. Inilah kebijaksanaanmu dalam penyampaian. "Siapakah kamu AJ?" jerit mereka. Tapi itu tak penting bagiku kerana aku yakini kau seorang pemuda yang kacak, kalau tidak dari ciri-ciri fisikalmu, tetapi akhlakmu.

Di sini aku ingin mengucapkan ribuan malahan jutaan kesyukuran kerana dapat meminati blogmu dan semoga dapat mempelajari dari teguran-teguranmu. Dan aku yakin bahawa perasaan ini tersirat sama dalam sanubari-sanubari bloggers yang lain seperti Puan Dr., Zizie, Has, K, Yeop, Sya, Usha, Arjunna, Nita, Tuan Tanah, Gari, Bunga Rampai, Loppies, Pegawai Khalwat, dan ramai lagi yang masih malu-malu untuk kedepan.

Wassalam.

Keng Tembaga



p.s. Harap harap Puan Dr. Roza tak akan hack blog kita, dan tak memecahkan kod ISP kita.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)