Dua Wajah di balik “wan-wan siber”karya abdullahjones
oleh ramy0722
Pengenalan
sekadar coretan
Dua Wajah di balik “wan-wan siber”karya abdullahjones
wan- wan siber oleh abdullahjones
aku ini angkasawan
yang terbang di atas angin
aku melukis di kanvas siber,
nyaris saja sumbing hidungku
yang dilanggar angin deras.
aku hanya turun ke bumiuntuk berak,
kerana di surga tiada tempat
untuk ku buang najisku.
untuk meor.
Pendahuluan
Bukanlah saya orangnya yang layak mencoretkan sesuatu tentang sajak penyair ini,abdullahjones atau lebih dikenali sebagai AJ adalah seorang penyair mapan dan disegani di esastera.com.Hasil-hasil karya beliau mempunyai identiti tersendiri dan unik,beliau seorang penulis yang berada di kelasnya tersendiri.Namun oleh kerana sajak ini lari dari kebiasaan penulisan beliau yang hanya rata-ratanya mengandungi tiga baris dan kalau banyak baris ianya ekonomis pula pada perkataan,
ia berjaya menarik perhatian saya untuk mencoretkan sesuatu tentang sajak ini.
Izinkan saya untuk mengupas di nipis fahaman saya dari dalam selaut makna yang ada pada sajak ini. Biarpun mungkin ulasan ini tidaklah ilmiah seperti ulasan penulis terkenal di alam siber dan alam nyata iaitu Saudara Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub ( Nimoiz_ty), tetapi rasanya ia bolehlah disantap sebagai makanan ringan atau pembasuh mulut sahaja. Itupun lebih dari cukup buat saya.
Bentuk
Tajuk sajak ini “wan-wan siber” seperti kebanyakan sajak lain penulis ini mengundang pembaca untuk menatapnya, ini juga satu lagi kelebihan penulis ini.
Tajuk sajak ini mungkin diambil sempena baris pertama sajak yang jua momentum bagi keseluruhan sajak iaitu angkasawan.
Sajak ini berbentuk bebas dan tidak terikat jika lihat kepada rima hujungnya iaitu a,a,b,c,d,e,f,g,c pada sembilan barisnya.Dari segi bilangan baris dan baitnya juga ia tidak terikat kepada mana-mana puisi tradisional kerana hanya mempunyai satu bait dengan sembilan baris. “kerana di surga tiada tempat” di baris kelapan mrupakan baris terpanjang dengan sebelas sukukata,manakala baris ketujuh “untuk berak” adalah baris terpendek dengan empat sukukata sahaja.
Tema
Lewat ulasan ini, seperti tajuk di atas, saya ingin melihat sajak ini dengan dua tema berlainan. Jika diselami sajak ini secara sepintas lalu sajak ini bernada melankoli iaitu tentang kekecewaan penulis yang enggan menghantar sajaknya kepada media.
Jika dilihat pada dedikasi penulis pada sajak ini dan jika kita meneliti cerita penulis dan saudara meor, saya melihat sajak ini bertema kesufian dengan nada keinsafan.
( i )
Ulasan versi pertama ini kita lihat kepada tema kekecewaan penulis kerana karyanya tidak diterima media.
“aku ini angkasawanyang terbang di atas anginaku melukis di kanvas siber,”
Penulis pada tiga baris ini merasakan bahawa beliauadalah penulis yang hebat, terkemuka yang karyanya cukup bermutu dan dinukilkannya di alam siber.Beliau menggambarkan karya beliau “terbang di atas angin” iaitu tinggi nilai seni dari penulis terkemuka “aku ini angkasawan”.
nyaris saja sumbing hidungku
yang dilanggar angin deras.
Dua baris ini, penulis menggambarkan bahawa beliau hampir hilang dan tenggelam dalam syok sendirinya. Jika tidak kerana ditegur atau karyanya tidak diterima media, beliau akan terus hanyut dalam kemegahan diri sendiri ( hidungku ).
Penulis menggunakan hidung kerana hidung adalah anggota kebanggaan bangsa Melayu seperti perumpamaan “Hidung Bak Seludang” menggambarkan hidung mancung idaman bangsa kita. Mungkin kerana memang bangsa Melayu dijadikan Allah majoritinya berhiduk pesek dan penyek, maka mereka menidamkan hidung mancung.
aku hanya turun ke bumi
untuk berak,
kerana di surga tiada tempat
untuk ku buang najisku.
Penulis hanya menulis karya di kertas atau antologi hanya untuk simpanan peribadinya,kerana tiada tempat yang sesuai untuknya di media bagi karya-karya polos seperti karyanya. Itulah saja wajah pertama sajak ini yang dapat saya garapkan.
( ii )
Jika dilihat dari sudut tema sufi ( kerana dedikasi penulis kepada saudara meor ) setelah penulis dan sahabatnya berbicara tentang kesufian di papan nota dan papan mesej, maka beginilah yang dapat saya kupas tentang sajak ini.
aku ini angkasawan
yang terbang di atas angin
aku melukis di kanvas siber,
Tiga baris sajak ini,penulis menceritakan bahawa beliau menghasilkan karya-karya lurbiasa bertema sufi dan menjadikan beliau seolah-olah berada di awang-awangan.
nyaris saja sumbing hidungku
yang dilanggar angin deras.
Kerana syoknya penulis menghasilkan karya-karya sufi, beliau hampir tersungkur dilanda takbur,riya’ dan ujub. Jua mungkin beliau hampir tersungkur ke lembah yang dalam bisa lemas dan melemaskan beliau.
aku hanya turun ke bumi
untuk berak,
kerana di surga tiada tempat
untuk ku buang najisku.
Pada rangkap ini penulis menyifatkan beliau turun ke bumi untuk menebus dosanya kerana untuk menjadi penghuni syurga perlu bebas atau sedikit dosanya. Beliau jua mengungkapkan bahawa syurga bukan tempat untuk orang yang berdosa ( kerana di surga tiada tempat, untuk ku buang najisku ) Ungkapan terakhir ini jika diamati dan dibaca dua kali, ia bisa mengelirukan kita kerana di syurga segalanya ada. Mana mungkin tidak ada tempat di syurga untuk penyair membuang najisnya, rasanya penyair tidak bermaksud demikian. Beliau hanya menggambarkan tentang kontras dua perkara tersebut syurga dan najis. Perkataan “berak” juga bagi sesetengah orang agak kasar bunyi, tetapi bagi mengungkapkan sesuatu yang teramat hina saya rasa tidak ada salahnya perkataan ini dipilih.
Penutup
Demikianlah saja apa yang dapat saya kesan dari sajak ini pada dua wajah berlainannya.Andainya ia menyimpang dan terpesong dari kebenaran,sebagai insan yang lemah dan kerdil saya mohon ampun daripada Allah dan mohon maaf daripada penulis. Kerana siapalah saya berbanding penulis ini, ibarat seluang ingin memamah jerung. Tetapi tetap saya gagahi jua kerana penulis adalah salah seorang penyair yang amat saya minati di esastera.com.
Sekian,terima kasih,
Wallahu a’lam bissawab,
Wassalamualaikum wrt wbh
-As Syramy Ashraf
Pasir Mas,17 0132H Julai 2005
Saturday, April 08, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment